Harta & Wakaf
Sejarah Penubuhan Unit Harta dan Wakaf (UHW)
PKEINPK Sdn Bhd (PSB) ialah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menjalankan perniagaan dalam sektor perladangan, penjagaan kesihatan dan hartanah. Pada tahun 2020, Unit Harta dan Wakaf telah ditubuhkan bagi tujuan membantu MAIPk meningkatkan kutipan dana wakaf tunai dan mengurus harta wakaf milik MAIPk.
Unit Harta & Wakaf dianggotai oleh kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran, berpengalaman dan profesional dalam beberapa bidang yang diperlukan bagi memperkukuhkan strategi pelaksanaan yang dirancang meliputi bidang pengurusan kewangan Islam, perundangan Islam, pemasaran dan komunikasi, pentadbiran hartanah, perancangan dan hubungan strategik, pematuhan syariah dan lain-lain.
Misi Unit Harta & Wakaf
Menjadi sebuah unit pengurusan harta wakaf korporat yang cemerlang dalam membantu MAIPk meningkatkan nilai harta wakaf ke tahap yang mapan, lestari dan berkelangsungan bagi kepentingan sosioekonomi ummah.
Visi Unit Harta & Wakaf
Menjana harta wakaf dan manfaat wakaf MAIPk berlandaskan prinsip korporat dan amanah melalui pendekatan pengurusan profesional, produktif, berstrategi, berinovasi serta telus.
Fungsi Unit Harta & Wakaf
- Mengumpul dan meningkatkan hasil kutipan dana serta harta wakaf.
- Mengembangkan nilai dana dan harta wakaf bagi pembangunan ummah serta memacu ekonomi Islam.
- Mempromosikan wakaf serta memupuk kesedaran berwakaf di kalangan masyarakat dan juga syarikat korporat.
- Mengurus serta membangunkan harta wakaf (tidak alih) milik MAIPk dan PSB bagi dimanfaatkan sebagai aset pembangunan ekonomi ummah.
