Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB)

Dengan kadar agihan pendapatan kepada peserta yang tinggi, PSB yakin sekiranya diberi mandat oleh Kerajaan Negeri bagi mengendalikan projek-projek di bawah skim RTB seterusnya membantu Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kadar kemiskinan. Disamping itu juga skim ini dapat memaksimakan guna tanah yang tidak diusahakan seterusnya memberi pendapatan atas hasil hartanah diberi milik.

Agihan Keuntungan RTB 2016 -2019

Ladang RTB Pasir Salak

Keluasan ladang 306.31 hektar manakala keluasan tanaman 273.76 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 2006. Sehingga kini, bilangan peserta RTB adalah seramai 203 orang. Ladang RTB Pasir Salak diuruskan oleh Encik Jufri Bin Shaharuddin (Cadet Planter Incharge).

Ladang RTB Bekas Perajurit

Keluasan ladang 101.17 hektar manakala keluasan tanaman 96 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 2005. Sehingga kini, bilangan peserta RTB adalah seramai 84 orang. Ladang RTB Bekas Perajurit diuruskan oleh Encik Jufri Bin Shaharuddin (Cadet Planter Incharge).

Ladang RTB Pulau Tiga

Keluasan ladang 1,040.84 hektar manakala keluasan tanaman 990.13 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 2001. Sehingga kini, bilangan peserta RTB adalah seramai 494 orang. Ladang RTB Pulau Tiga diuruskan oleh Encik Adzha Bin Kamaruddin (Pengurus Perladangan).

Ladang RTB Hulu Ijok

Keluasan ladang 194.33 hektar manakala keluasan tanaman 184.5 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 2002. Sehingga kini, bilangan peserta RTB adalah seramai 131 orang. Ladang RTB Hulu Ijok diuruskan oleh En Ayob Bin Mahamud (Penolong Pengurus Perladangan).

Ladang RTB Sungai Charok

Dengan keluasan ladang 307.00 hektar, Ladang RTB Sungai Charok mula dibangunkan pada tahun 2018. Ladang RTB ini masih di dalam fasa pembangunan dan diuruskan oleh Encik Faizul Idham (Penolong Pengurus Perladangan).