Ladang Milikan Sendiri

Bagi memperkembangkan nilai pegangan aset hartanah PSB, syarikat sentiasa membuka peluang bagi pembelian hartanah perladangan membabitkan hartanah belum dibangunkan atau melibatkan hartanah yang telah berhasil dengan kadar kompetatif.

Disamping itu PSB akan sentiasa terus berusaha memohon tanah-tanah kerajaan Negeri yang berisiko membabitkan penerokaan haram untuk diberi milik seterusnya dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

PSB memiliki 2,450.32 hektar kawasan ladang yang dimiliki sepenuhnya oleh PSB. Ladang-ladang tersebut adalah Ladang Gelung Pepuyu (Beruas), Ladang PSB Perdana (Mukim Jaya Baru), Ladang Mutiara (Paitan, Sabah), Ladang Sungai Siput (Kuala Kangsar) dan yang terbaru, Ladang Ar-Ridzuan (Beruas).

Ladang Ar Ridzuan

Terletak di Beruas, ladang milikan penuh PKEINPK Sdn Bhd yang berkeluasan 346.5 Hektar masih dibangunkan dan keluasan kawasan bertanam 339.22 Hektar. Ladang ini diambil alih pada tahun 2020 dan diuruskan oleh Encik Rahaimi Bin Ghazali (Penolong Pengurus Perladangan).

 

Ladang Gelung Pepuyu (LGP)

Ladang yang berkeluasan 449.50 hektar di Beruas memiliki keluasan tanaman 438.71 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 1986. Sehingga kini, LGP telah melaksanakan tanam semula pada 2016 (Fasa 1) dengan membabitkan 29,578 dirian pokok dan 2018 (Fasa 2) dengan 29,251 dirian pokok. Ladang Gelung Pepuyu diuruskan oleh Encik Hasbullah Bin Mansor (Penolong Pengurus Perladangan)

 

Ladang PSB Perdana

Dengan keluasan ladang 427.50 hektar, Ladang PSB Perdana (terdahulu Ladang Lekir) terbahagi kepada dua jenis tanaman iaitu Kelapa Sawit dengan keluasan tanaman 327.21 hektar ditanam pada tahun 2000 dan tanaman baru Kelapa dengan keluasan tanaman 61.22 hektar ditanam pada tahun 2021. Ladang Lekir diuruskan oleh Encik Faizul Idham Bin Ahmad (Penolong Pengurus Perladangan).

Ladang Sungai Siput

Ladang Sungai Siput berkeluasan yang 1032.10 hektar terletak di Sungai Siput telah dipajakkan  kepada pihak lain yang mengusahakan Tanaman Getah Balak.

Ladang Mutiara
Terletak di Lembah Paitan Sandakan, Sabah, ladang milikan penuh PKEINPK Sdn Bhd yang berkeluasan 201.50 Hektar masih dibangunkan dan keluasan kawasan bertanam 172.98 Hektar. Ladang ini diambil alih dari Syarikat Mutiara Ledang Sdn Bhd dan diuruskan oleh Encik Huzaifah @ Albert Aloysius Peter (Penolong Pengurus Perladangan).