Hartanah

LATAR BELAKANG:

PKEINPK Properties Sdn Bhd (PPSB) merupakan anak syarikat PSB ditubuhkan pada 12 Ogos 2021 dengan pendaftaran syarikat 202101026545 (142645-P) dimana ia bertanggungjawab kepada keseluruhan perniagaan hartanah Kumpulan PSB yang merangkumi perancangan, pembangunan, pembinaan serta pengurusan aset dan fasiliti.

 Terdapat 4 komponen utama PPSB Sdn Bhd iaitu:

 

  1. Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Hartanah
  • Merancang dan mengurus secara menyeluruh semua projek pembangunan hartanah untuk PSB iaitu:
  • Pembangunan hartanah di tanah milik PSB & MAIPK (Tanah Wakaf dan Baitulmal).
  • Menaiktaraf kemudahan untuk ladang yang diuruskan oleh PSB.

 

  1. Bahagian Pembinaan
  • Melaksana dan menguruskan kerja pembinaan untuk PPSB.
  • Memastikan kualiti kerja mencapai standard dan projek siap dengan kos dan masa yang ditetapkan.

 

  1. Bahagian Kos & Kontrak
  • Mengenalpasti dan mengira semua kos yang terlibat untuk projek-projek yang dirancang.
  • Memantau kos projek yang sedang dilaksanakan.
  • Menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan untuk tujuan pembayaran.
  • Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi kontrak.

 

  1. Bahagian Pengurusan Aset & Fasiliti

     Terdiri daripada 3 komponen iaitu:- 

  • Pengurusan Bangunan
  • Perkhidmatan Pembersihan
  • Perkhidmatan Penyelenggaraan

 

*   Ketika ini PPSB sedang menguruskan beberapa projek di dalam Perak, antaranya:-

Skim Perumahan di Taiping

SKIM PERUMAHAN DI ATAS LOT 20148, SELUAS 0.4586 EKAR, PEKAN TAIPING, MUKIM BANDAR TAIPING, DAERAH LARUT & MATANG, PERAK DARUL RIDZUAN.

  • PPSB sedang membangunkan sepuluh (10) unit perumahan teres dua tingkat yang berkeluasan 20’ x 55’ bagi setiap unit di Jalan Tembusu, Bandar Taiping.
  • Pembinaan dijangka siap pada 2023. Projek perumahan pertama ini juga telah berjaya dijual dalam tempoh proses pembinaan.
  • Reka bentuk dalaman bagi rumah ini adalah berkonsep Islamic.

    PELAN LOKASI

    PELAN TAPAK

    LAKARAN ARTIS

    PELAN SUSUNATUR LANTAI (LOT TEPI)

    PELAN SUSUNATUR LANTAI (LOT TENGAH)

     

    Cadangan Skim Perumahan di Lekir, Manjung

    CADANGAN PEMAJUAN SKIM PERUMAHAN SELUAS 1.45 EKAR, DI ATAS LOT 6539, MUKIM LEKIR, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

    • PSB sedang merancang pembangunan Projek Perumahan 26 unit Rumah Teres 2-Tingkat di Lekir Setiawan yang mana pembinaannya dijangka akan bermula pada bulan April 2022.
    • Reka bentuk dalaman bagi rumah ini sama seperti projek di Jalan Tembusu, Taiping dengan konsep Islamic.

     

    PELAN LOKASI

    PELAN TAPAK

    LAKARAN ARTIS

    PELAN SUSUNATUR LANTAI (LOT TEPI)

    PELAN SUSUNATUR LANTAI (LOT TENGAH)