Latar Belakang Perladangan

Mengenai Sektor Perladangan PKEINPK SDN BHD

 

  • Perniagaan Teras PKEINPK SDN BHD (PSB) adalah perladangan kelapa sawit.
  • Matlamat utama PSB (tertubuh tahun 2012) adalah berdasarkan kesinambungan matlamat PSB iaitu untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Perak.
  • Perladangan PSB bermula dengan sejarah PKEINPK mengusahakan tanah anugerah di Ladang Gelung Pepuyu pada tahun 1984, ladang Lekir pada tahun 1996, Mengusahakan skim Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) pada tahun 2000 dan Pelaburan Perladangan di syarikat IDC Jadi Sabah pada Tahun 2008. Pada tahun 2018, PSB telah membeli ladang Mutiara dengan keluasan 202 hektar.
  • Pada 2021, PSB telah mengambil alih tanah seluas 346.50 Hektar bersebelahan dengan Ladang Gelung Pepuyu untuk dibangunkan. Ladang tersebut dinamakan sebagai Ladang Ar-Ridzuan sebagai salah satu penjenamaan selain khidmat kesihatan yang ditawarkan oleh PSB.
  • Dengan tahap pematuhan standard yang tinggi, ladang-ladang milik PSB yang berhasil telah diperakui dengan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) oleh badan audit yang bertauliah. PSB juga masih lagi mengekalkan pematuhan ISO 9001 untuk Sektor Perladangan bermula tahun 2004 sehingga kini.

    Pecahan Pendapatan Hasil Ladang