Perladangan
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Perladangan (BPPP), PKEINPK Sdn Bhd
Unit Pembangunan dan Pengurusan Perladangan (UPPP), PKEINPK SDN BHD (PSB) terdiri daripada 3 sektor utama iaitu Perladangan Sawit, Sokongan Perladangan Sawit dan Bukan Perladangan Sawit. UPPP diberi mandat oleh PSB untuk membangun dan menguruskan kawasan perladangan sawit di sekitar Negeri Perak dan Sabah. Sehingga tahun 2021, UPPP telah menguruskan 5,105.38 hektar keluasan ladang membabitkan 4,596.38 hektar kawasan bertanam dan berhasil. Manakala selebihnya masih dalam kerja-kerja pembangunan. Pendapatan utama PSB dijana daripada hasil jualan buah tandan segar (BTS) dan keuntungan daripada pendapatan yang diperoleh akan diagihkan kepada pemilik syarikat iaitu MAIPk. Model perniagaan PSB adalah seperti di bawah.
