Huraian Logo

MOTIF
Geometri Islam berbentuk lapan(8) buah kubah bercantum erat mengelilingi bintang berwarna putih dan empat segi tepat berwarna hitam melambangkan keeratan kerjasama, kekuatan, dan citarasa kejayaan yang terdapat di PKEINPK Sdn Bhd
Bintang berwarna putih yang berada di tengah-tengah lingkungan kubah melambangkan kesucian yang terpancar di kalangan semua staf yang berada di PKEINPK Sdn Bhd sehingga memancarkan kecemerlangan dan keteguhannya.
WARNA
Putih, kuning dan hitam yang terdapat adalah perlambangan bahawa PKEINPK Sdnn Bhd ini ditubuhkan dan berada di Negeri Perak. Hijau merupakan warna universal Islam sejagat (global), Berjaya dan sentiasa segar dengan berusaha ke arah kecemerlangan ummah.