Mesyuarat perbincangan projek cadangan pembangunan di Kg Boyan, Taiping antara PKEINPK SDN BHD (PSB) dengan Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) telah berlansung pada 22 Julai 2022 bertempat di Pejabat LPHP Ipoh, Perak. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) LPHP Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, KPE PSB Tuan Abd Rahman bin Abdullah Thani, Pengurus Kanan PKEINPK PROPERTIES SDN BHD (PPSB) En Mohd As’ari bin Hud dan Eksekutif Projek Muhammad Zulkifli bin Rodzi.

