Alhamdullilah, selesai Majlis Perasmian Projek Perintis Pertanian Bandar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKEINPK Sdn Bhd yang telah diadakan pada 26 Julai 2022 (Selasa) bertempat di Sekolah Izzudin Shah (SIS).

Perasmian telah disempurnakan oleh Y.BHG Dato’ Dr. Mohamad Hashim Bin Ahmad Tajudin, Pengerusi PSB. Disaksikan oleh YDH. Toh Tan Dewa Sakti Haji Zulkifly Bin Dato’ Haji Zakaria, Ahli Lembaga Pengarah PSB, Tuan Abd Rahman Bin Abdullah Thani, Ketua Pegawai Eksekutif PSB, Ust Ahmad Munawir Bin Salehuldin@Salehuddin, Pengetua SIS serta barisan Ketua-Ketua Jabatan PSB, barisan guru-guru SIS dan pelajar dari Kelab Usahawan SIS.

Semoga Program CSR ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.