Polisi

Polisi Alam Sekeliling dan Keperbagaian Biologi  

PKEINPk Sdn Bhd memahami adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi alam sekeliling sepertimana termaktub dalam keperluan peraturan dan undang-undang. Kami komited untuk melindungi alam sekeliling dan kepelbagaian-bio; dan seterusnya mengurangkan dan memantau kesan-kesan alam sekeliling dan kepelbagaian-bio yang terhasil dari operasi perladangan kami. Kami akan sentiasa berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut melalui:

 a) Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan- peraturan yang

 b) Menangani isu-isu alam sekeliling dan kepelbagaian-bio secara berterusan melalui perlaksanaan program pemuliharaan kepelbagaian-bio

 c) Sentiasa mengemaskini makiumat berkaitan dengan alam sekeliling dan kepelbagaian-bio dan menjalankan program kesedaran kepada pihak- pihak yang berkepentingan

 d) Faktor-faktor alam sekeliling akan sentiasa diutamakan dalam sebarang keputusan dan operasi perniagaan kami.

 

Polisi Gangguan Seksual  

PKEINPk Sdn Bhd komited untuk menyediakan suasana kerja yang selamat, fleksibel dan saling menghormati untuk pekerja dan pelanggan bebas dari segala macam gangguan seksual. Semua pekerja adalah perlu melayan pekerja lain dan pelanggan dengan bermaruah, sopan santun dan hormat.

Gangguan seksual termasuk:

a) Ulasan berkenaan kehidupan peribadi seseorang atau berkenaan tubuh badan mereka

b) Tingkahlaku berunsurkan seks atau sentuhan-sentuhan tubuh badan

c) Ulasan-ulasan, lawak atau gurauan berunsur seks

d) Mempamerkan gambar berunsur seks di skrin media, foto, kalender atau apa-apa objek

e) Mengajak melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hubungan seks

f) Menghantar makumat-maklumat berunsur seks melalui e-mail, mesej, dan lain-lain atau mempamerkan dalam media sosial

 Kami memahami bahawa ulasan-ulasan dan tingkahlaku yang tidak mengganggu seseorang mungkin boleh mengganggu orang lain. Oleh itu polisi ini memerlukan semua kakitangan dan pelanggan untuk sentiasa menghormati orang lain.

 

Polisi Keselamatan dan Kesihatan

PKEINPk Sdn Bhd adalah yang bertanggungjawab dalam menyediakan suasana dan persekitaran pekerjaan yang selamat dan sihat kepada semua para pekerja, pelanggan, kontraktor, pembekal dan orang awam yang berurusan di ladang-ladang PKEINPk Sdn Bhd.

Kami bertanggungjawab :-

i)  Memastikan segala peraturan yang termaktub dalam Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan   1994 (514) dipatuhi dengan sepenuhnya.

ii) Melindungi semua pihak yang bekerja dan berurusan dengan kami daripada berlakunya kejadian atau perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan kecederaan melalui langkah-Iangkah pencegahan yang sesuai.

iii) Menjadi iltilzam dan komitmen kami untuk memastikan pekerja kami mengutamakan KESELAMATAN dalam melaksanakan pekerjaan masing-masing dan mempunyai tanggungjawab serta akauntabiliti ke atas keselamatan diri mereka dan keselamatan orang lain di sekeliling mereka termasuk orang awam.

iv) Bagi memastikan matlamat dan komitmen kami tercapai, kami akan :-

     a) Menyediakan maklumat dan arahan keselamatan.

     b) Menyediakan latihan dan pendedahan kepada semua pekerja secara berterusan ke arah memupuk budaya kerja yang sihat dan selamat.

v) Menyediakan pekerja kami dengan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian dan mencukupi.

 

Polisi Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

1) PKEINPk Sdn Bhd komited sepenuhnya untuk melaksanakan semua keperluan clan prinsip-prinsip Minyak Sawit Mapan Malaysia (MSPO).

2) Kami akan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sepenuhnya pengeluaran buah tandan segar mapan melalui penambahbaikan berterusan.