Mengenai PKEINPk

Mengenai PKENPk


PKEINPK  Sdn Bhd telah ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 28 Jun 2012 dan merupakan milikan penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak.  PKEINPK  Sdn Bhd beribu pejabat di B-G-1, Greentown Suria, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh, Perak.

Antara tujuan PKEINPK Sdn Bhd (PSB) ditubuhkan adalah untuk memperkasakan urusniaga dengan satu visi untuk menjadi badan korporat yang berdaya saing dalam membangunkan ekonomi Islam, khususnya di Negeri Perak.

Perniagaan Teras PKEINPK  Sdn Bhd adalah perladangan kelapa sawit  dan penjagaan kesihatan yang  memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk wanita dan kanak-kanak. PKEINPK Sdn Bhd kini mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi bidang hartanah.

PKEINPK Sdn Bhd juga sedang merancang untuk melaksanakan Wakaf Korporat iaitu sebuah inisiatif yang semakin menarik minat warga perniagaan Negara.

PKEINPK  Sdn Bhd memiliki dua buah anak syarikat  iaitu  IDC Jadi Sdn Bhd dan Kumpulan Perubatan Ar Ridzuan Sdn Bhd.