Huraian Logo PKEINPK Sdn Bhd

 

MOTIF

Geometri Islam berbentuk lapan(8) buah kubah bercantum erat mengelilingi bintang berwarna putih dan empat segi tepat berwarna hitam melambangkan keeratan kerjasama, kekuatan, dan citarasa kejayaan yang terdapat di PKEINPK Sdn Bhd

Bintang berwarna putih yang berada di tengah-tengah lingkungan kubah melambangkan kesucian yang terpancar di kalangan semua staf yang berada di PKEINPK Sdn Bhd sehingga memancarkan kecemerlangan dan keteguhannya.

 

WARNA

Putih, kuning dan hitam yang terdapat adalah perlambangan bahawa PKEINPK Sdnn Bhd  ini ditubuhkan dan berada di Negeri Perak. Hijau merupakan warna universal Islam sejagat (global), Berjaya dan sentiasa segar dengan berusaha ke arah kecemerlangan ummah.