TAKLIMAT SEKSYEN 17A AKTA SPRM 2009

Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 adalah suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut.


PSB dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan sesi taklimat kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta wargakerja PSB berkaitan dengan Seksyen 17A yang disampaikan oleh wakil pegawai SPRM dan dirasmikan oleh Dato' Dr. Mohamad Hashim Bin Ahmad Tajudin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PKEINPK Sdn Bhd.