TAKLIMAT POLISI SEKSYEN 17A AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) PKEINPK SDN BHD

Misi PKEINPK Sdn Bhd (PSB) adalah melaksanakan aktiviti ekonomi dan sosial berlandaskan Syariah serta menjadikan organisasi yang mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh dan Sumber Manusia yang berkualiti. Dalam menggerakkan misi tersebut PSB mengambil pendekatan TOLERANSI SIFAR  RASUAH terhadap semua bentuk aktiviti perniagaan yang dijalankan.  
 
PSB dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan sesi taklimat menyeluruh khusus berkaitan dengan Akta SPRM Seksyen 17A yang disampaikan oleh wakil pegawai SPRM dan dirasmikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Abdullah Thani, Ketua Pegawai Eksekutif, PKEINPK Sdn Bhd.