MOU PKEINPk Sdn Bhd bersama Selgate Corporation, Raudah City (Brainy Bunch) dan UITM Holding

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara PKEINPK Sdn Bhd bersama Selgate Corporation, Raudah City (Brainy Bunch) dan UITM Holding pada 6 September 2019 (Jumaat) bertempat di Dewan Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Negeri Perak. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan kerjasama dan persefahaman dalam menyokong usaha untuk merealisasikan projek yang memberi manfaat kepada keempat-empat organisasi.