Pembangunan Berterusan

Pembangunan Berterusan

Ladang-ladang beroperasi secara berkesan melalui khidmat nasihat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perladangan PSB dan juga agensi-agensi perladangan lain seperti Sime Darby dan ESPEK. Melalui cara ini, setiap operasi ladang akan sentiasa dipantau bagi memastikan produktiviti ladang pada tahap optimum.

PSB akan meneruskan tumpuan meningkatkan penghasilan BTS dengan menjalankan Amalan Baik Pertanian (Good Agriculture Practices) seiring dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak MPOB, mengukuhkan lagi operasi perladangan, mengurangkan risiko kebergantungan kepada tenaga kerja asing dengan perlaksanaan mekanisasi serta memastikan keberkesanan kos operasi ladang.

Cadangan Pembangunan Berterusan

  •  Mewujudkan sistem perladangan yang komprehensif
  • Tawaran projek usahasama dengan pekebun-pekebun kecil / agensi koperasi
  • Kepelbagaian tanaman (kelapa, nenas)
  • Projek-projek huluan pertanian (semaian anak benih sawit, pengeluar benih kelapa dan semaian anak benih kelapa)

Inovasi

 Pengurusan Air dengan "Solar Water Pump"

Pembajaan “Little and Frequent

 Penggunaan Grabber

Pengeluaran Hasil "Crop Recovery"

Sistem penandaan pokok sawit (tagging) ke arah pendigitalan