Latar Belakang Perladangan

Mengenai Perladangan PKEINPK SDN BHD

  • Perniagaan Teras PKEINPK SDN BHD (PSB) adalah perladangan kelapa sawit.
  • Matlamat utama PSB (tertubuh tahun 2012) adalah berdasarkan kesinambungan matlamat PKEINPk iaitu untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Perak.
  • Perladangan PSB bermula dengan sejarah PKEINPK mengusahakan tanah anugerah di Ladang Gelung Pepuyu pada tahun 1984, ladang Lekir pada tahun 1996, Mengusahakan skim Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) pada tahun 2000 dan Pelaburan Perladangan di syarikat IDC Jadi Sabah pada Tahun 2008. Pada tahun 2018, PSB telah membeli ladang Mutiara dengan keluasan 202 hektar.
  • Dengan tahap pematuhan standard yang tinggi, ladang-ladang milik PSB telah diperakui dengan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) oleh badan audit yang bertauliah.

 

Pecahan Pendapatan Hasil Ladang

 

Pada tahun 2014, Ladang Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pulau Tiga mencatatkan pengeluaran hasil tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 32.00 Mt/Ha dan diberi penganugerahan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sewaktu Anugerah Industri Sawit Malaysia (AIS) bagi tahun 2013/14 dan 2017/18.

Ladang- ladang PSB juga telah menerima lain-lain anugerah termasuklah akreditasi Co-GAP oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), akreditasi oleh NIOSH bagi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) MS 2530-3:2013. Sistem pengurusan dan pentadbiran PSB diperakui mencapai standard Pengurusan Sistem Kualiti (QMS) ISO 9001:2015.