Ladang Milikan Sendiri

Bagi memperkembangkan nilai pegangan aset hartanah PSB, syarikat sentiasa membuka peluang bagi pembelian hartanah perladangan membabitkan hartanah belum dibangunkan atau melibatkan hartanah yang telah berhasil dengan kadar kompetitif.

Disamping itu PSB sentiasa berinisiatif dalam memohon tanah-tanah kerajaan Negeri yang berisiko membabitkan penerokaan haram untuk diberi milik seterusnya dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

Ladang Gelung Pepuyu (LGP)

Keluasan ladang 448.40 hektar manakala keluasan tanaman 406.83 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 1986. Sehingga kini,  LGP telah melaksanakan tanam semula pada 2014 (Fasa 1) dengan membabitkan 40,528 dirian pokok dan 2016 (Fasa 2) dengan 494 dirian pokok (3.4 Ha kawasan bertanam) dan dianggarkan siap pada tahun penghujung tahun 2017. Ladang Gelung Pepuyu diuruskan oleh En Mohd Norsafizal B Md Sapian (Pengurus Pembangunan PSB).