Ladang Milikan Sendiri

Bagi memperkembangkan nilai pegangan aset hartanah PSB, syarikat sentiasa membuka peluang bagi pembelian hartanah perladangan membabitkan hartanah belum dibangunkan atau melibatkan hartanah yang telah berhasil dengan kadar kompetatif.

Disamping itu PSB akan sentiasa terus berusaha memohon tanah-tanah kerajaan Negeri yang berisiko membabitkan penerokaan haram untuk diberi milik seterusnya dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri.

 PSB memiliki 2,111.11 ha kawasan ladang yang dimiliki sepenuhnya oleh PSB. Ladang ladang berikut adalah Ladang Gelung Pepuyu di Beruas, Ladang Lekir di Mukim Jaya Baru, Ladang Mutiara di Paitan, Sabah dan Ladang Sungai Siput.

 

Ladang Gelung Pepuyu (LGP)

Ladang yang berkeluasan 449.50 hektar di Beruas memiliki keluasan tanaman 406.83 hektar. Tahun tanaman yang pertama pada 1986. Sehingga kini, LGP telah melaksanakan tanam semula pada 2016 (Fasa 1) dengan membabitkan 40,528 dirian pokok dan 2014 (Fasa 2) dengan 494 dirian pokok. Ladang Gelung Pepuyu diuruskan oleh En. Ayob bin Mahamud (Penolong Pengurus Perladangan)

 

Ladang Lekir

Dengan keluasan ladang 427.50 hektar manakala keluasan tanaman 398.43 hektar, Ladang Lekir mula ditanam pada tahun 2000. Ladang Lekir diuruskan oleh Adzha bin Kamarudin (Penolong Pengurus Perladangan).

 

 

 

Ladang Sungai Siput

Ladang Sungai Siput berkeluasan yang 1032 hektar terletak di Sungai Siput telah dipajakkan  kepada pihak lain yang mengusahakan Tanaman Getah Balak.

Ladang Mutiara

Terletak di Lembah Paitan Sandakan, Sabah, ladang milikan penuh PKEINPK Sdn Bhd yg berkeluasan 202 Hektar masih dibangunkan. Ladang diambil alih dari Syarikat Mutiara Ledang Sdn Bhd. Diuruskan oleh  Muhammad Azri bin Alias (Perngurus Perladangan).