Al-Musyarakah (Usahasama)

PSB pada tahun 2014 telah dinobatkan sebagai pengeluar hasil kelapa sawit tertinggi di Malaysia bagi kategori keluasan di bawah 2,000 hektar di dalam Anugerah Industri Sawit Malaysia 2013/2014. Dengan anugerah pencapaian tersebut, PSB sentiasa terbuka kepada pemilik-pemilik hartanah persendirian bagi menjalinkan usahasama kemajuan perladangan kelapa sawit bersama PSB untuk berkongsi hasil dengan pengurusan perladangan yang berkaliber demi memastikan pulangan keuntungan yang optimum dapat diagihkan.

Ladang MAIPk Lekir

Keluasan ladang 130.54 hektar manakala keluasan tanaman 130.54 hektar. PKEINPk Sdn Bhd telah mebangunkan tanah milikan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) bagi saraan Baitulmal pada tahun 2013 dengan kos RM248,288.31 dengan 4,852 dirian pokok (32 Ha kawasan bertanam). Ladang MAIPk Lekir diuruskan oleh Adzha bin Kamarudin (Penolong Pengurus Perladangan).

 

Ladang MAIPk Sungkai

Keluasan ladang 743.70 hektar manakala keluasan tanaman 578.20 hektar. PKEINPk Sdn Bhd telah mebangunkan tanah milikan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) bagi saraan Masjid pada tahun 2013 (Fasa 1) dan 2015 (Fasa 2) dengan kos RM7,936,742.01 dengan 71,101 dirian pokok. Ladang MAIPk Sungkai diuruskan oleh En Faizul Idham bin Ahmad(Penolong Pengurus Perladangan).